Monday, November 8, 2010

Puree Apple & Raisin

Penyediaan makanan bayi memang adakalanya boleh merunsingkan. Kena pelbagaikan juga juadah untuk bayi ni. Kalau asyik diberi makanan yang sama. Bosan pulak dia nanti. Kang aklau dia tak nak makan, lagi susah. Bukan kita je yang nak desert, baby pun nak juga.

Puree Apple & Raisin (sesuai untuk bayi 6-8 bulan)

Bahan-bahan: (anggaran untuk 3 kali makan, 4 oz per feeding)

1. 2 biji epal, dikupas kulit dan dipotong
2. Segenggam raisin

Rebus dengan kuantiti air yang sedikit. Hanya 3-4 minit. Kemudian blend.
Sesuai untuk disejuk dan dibekukan.

Sunday, February 21, 2010

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
*anggaran untuk 2 ekor ikan saiz sederhana*
  1. Ikan talapia -dibersihkan dan digaul dgn asam jawa, hilangkan hanyir ikan
  2. Bawang besar - sebijik
  3. Bawang putih - 3 ulas
  4. Cili padi - 5,6 bijik, kalau nak lagi pedas lebihkan
  5. Halia - lebih kurang seinci
  6. Kunyit hidup - lebih kurang seinci
  7. Santan - secukupnya
  8. Sebatang serai -diketuk
  9. Tomato -sebijik, belah 2 atau 4
  10. Air asam jawa -secukupnya
Cara-cara menyedia:
  1. Tumbuk/kisar bahan 2-6. Satukan bahan kisar ni dengan santan.
  2. Masak sehingga mendidih dan tambah garam. Masukkan air asam jawa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan ikan dan serai yang telah diketuk. Masak sehingga isi ikan masak. Kemudian masukkan belahan tomato.
  4. Masak sekejap dan boleh tutup api.
*jgn sampai tomato hancur..tak sedap
* makan ngan sambal belacan..pergghhh...

Friday, February 19, 2010

Pai Epal Goreng

*anggaran untuk 6-8 keping pai goreng

init apple pai

Bahan-bahannya:


  • 2 cawan tepung serbaguna. Tepung gandum pun boleh
  • 1/2 cawan shortening/mentega. Kalau guna mentega mesti dlm keadaan beku
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 biji epal (lagi sesuai guna epal hijau)
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu hitam
  • 1 cawan minyak sayuran

Cara -cara menyedia:

  1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu hitam dengan menggunakan api yang kecil. Masak epal sehingga lembut dan lenyek 1/4 epal dengan garfu dan biarkan yang berlebihan berketul.
  2. Masak sehingga kering
  3. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/mentega yang masih beku. Gaulkan adunan sehingga bergentel. Masukkan air dan dan gaul.
  4. Canai doh atas papan. Potong panjang 8 inci, lebar 6 inci. Letak inti epal di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat. Tekan dengan garfu di keliling pastry. Boleh juga kalau nak buat bentuk lain, segiempat ke. Macam karipap ke..
  5. Goreng dengan menggunkan api sederhana. Boleh juga kalau nak tabur gula kat atas pai.

Saturday, February 13, 2010

Puding Caramel Kukus

My favorite!!!

Asal teringin kan desert, mesti terfikir kan puding ni. Selain sedap, senang je nak buat. Tak perlu nak berhempas pulas kat dapur. Tahu-tahu dah boleh makan dah..

Bahan-Bahan diperlukan :

Untuk puding:
- telur 5 biji
- 6 sudu gula
- 1 sudu makan Esen Vanilla
- 3/4 tin susu cair
- 1 sudu tepung kastard

Untuk Caramel (gula hangus):
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air

Cara membuat:

1. Sediakan gula hangus.

2. Sediakan pengukus.
Masukkan kesemua bahan utk puding ke dalam blender,dan blend sehingga hancur & larut. Masukkan adunan ke dalam loyang & kukus sehingga masak. Sesudah masak, sejukkan di dalam peti.

*Tips: Untuk menghasilkan puding yang elok:
* tapis adunan sebelum kukus
* buang buih-buih di permukaan
* tutup loyang dengan aluminium foil
* sapu loyang dengan sedikit marjerin

Sunday, January 24, 2010

Lala Masak Pedas

Jarang Lala ni ada jual kat pasar. Bila pergi pasar, ada jual. Mesti beli lah. Dan paling favorite, masak pedas. Peergghh!! Memang sedap meratah.

Lala Masak Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan (1 kilo lala):

Lala - direndam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
5-10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji tomato (di potong 4)
2 batang serai
2 biji bawang besar (di potong 4)
4 sudu besar cili giling *boleh lebihkan kalau nak pedas
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar sos cili & sos tomato
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Cara menyedia:

1. Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih
2. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.
3. Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.
4. Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.
5. Ketuk serai dan masukkan ke dalam tumisan.
6. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
7. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
8. Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)
9. Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat.

Thursday, July 16, 2009

Asam Pedas Johor Style

Sebagai seorang anak johor, asam pedas adalah kegemaran. Dari kecik tekak ni dah asyik ngan asam pedas. And most favorite is, ikan pari ngan ikan kerisi masak asam pedas. Mmg menghirup kuah la jawabnya.

makan pulak dgn kailan ikan masin dan udang lemak cili api. mmg mantap

Mudah je nak buat asam pedas. Dan yang penting kena rajin mencuba biar boleh agak camne nak adjust kepekatan kuah dia tu, tapi rasa tak terlalu pekat.

Bahan-bahan diperlukan: *ni anggaran untuk masak 2-3 ekor ikan*

1. 1 biji bawang besar
2. 2-3 ulas bawang putih
3. Cili kering
4. Kunyit hidup

Cara-cara menghasilkan Ikan Asam Pedas

1. Semua bahan dikisar, boleh gak kalau nak tambah belacan *which i will do* Tapi terserah lah.. Pastu tumis bahan kisar tu. Pecahkan halia skit (dalam 1 inci) dan tumis sekali..tambah lah garam secukup rasa. Tambah la serbuk perasa skit. Tumis kasik lama skit, biar garing skit cili tu. Time ni masukkan la daun kesum, bunga kantan. Boleh juga nak tambah tomato ke, bendi ke..

2. Pastu masukkan air asam jawa.. jangan pekat sgt, nanti terlebih masam. Kat sini la kena pandai2 mengagak, so kena la selalu mencuba.. praktis make perfect guys..(anggaran dalam 1/2 cawan)

3. Pastu masukkan la ikan.. gaul2 skit, jangan sampai hancur lak ikan tu.. Tuang air (sekali lagi anda perlu mengagak sendiri..jangan sampai kuah tu cair sgt) dan biarkan mendidih. Tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

*sori,gambar detail tiada,lupa capture

Siakap Masak Steam

Siakap masak Steam atau pun Siakap Kukus.

Cara-cara menghasilkan Ikan Siakap Kukus. Sangat mudah dan simple. Yang penting sgt sedap bila makan panas-panas. Bertambah nasik ohhh.

Ikan kita lumur dgn tepung jagung, garam dan lada sulah. Sebelum tu harus lah bersihkan dulu kan. Ikan tak semestinya siakap, ikan bawal, ikan merah pun boleh. Bila dah lumur ketepikan dulu, buat sos pula.

Untuk sos:

Semua bahan adalah dihiris halus:


1. 5 - 10 biji cili padi
2. 2 batang serai
3. 1/2 kuntum bunga kantan
4. 1 helai daun limau purut
5. 1/2 inci halia muda
6. 2 ulas bawang putih

Kemudian campurkan bahan-bahan hirisan tadi dgn 3 sudu jus limau kasturi, 2 sudu minyak masak, 2 sudu gula, 1/2 sudu garam.
Pastu lumur lah atas ikan tu. Kat dalam belahan perut dia pun isi. Pastu letak atas bekas tahan panas. Kukus lah, lebih kurang 10-15min. Ikut size ikan lah. Yang ni ikut penilaian sendiri lah. Tapi kalau isi ikan dah putih, masak la tu.


siap!!! sila makan time terus sebaik je kuar dr periuk kukus..
sgt sedap..hingga ke isi2 dia terasa tau..