Monday, March 24, 2008

Sambal Goreng

Gara-gara tak boleh tido semula selepas subuh-subuh hari menghantar Aziah ke KL Sentral, selepas membelek-belek Majalah Wanita dan terjumpa resepi ni, terus terasa nak mencuba. Dengan semangat yang berkobar-kobar nak mencuba, terus ke kedai beli barang-barang yang diperlukan -Maklum lah, dapur orang bujang, banyak barang takde kan-

Barang-barang yang diperlukan:


Dipotong kecil dan di goreng dulu:
- Kentang
- Tahu
- Hati Ayam
- Tempe (sedapnya..lama tak makan)

Dihiris halus:

- Bawang besar
- Serai
- Cili Merah dan Cili Hijau

- Udang kering
- Udang Basah
- Kacang Panjang
- Kobis

Senang je nak masak Sambal Goreng ni, amatur macam saya pun tak rasa tercabar, kalau yang dah profesional tu lagi la kan... -Bak kata mak saya, campak2 je dlm kuali tu-

1.Mula2 tumis semua bahan2 yang dihiris halus tu, sekali ngan udang kering. Goreng sampai kekuningan. Kemudian masukkan pulak udang basah, goreng2 lagi sampai udang tu masak.
2. Pastu masuk kan pula bahan-bahan yang dah digoreng terdahulu td. Gaulkan semua bahan tu. Masuk kan suhun pulak.
3. Dan last sekali masukkan sayur kacang panjang ngan kobis yang dihiris kecil lak.

Goreng lah sampai masak. Jangan lupa letak garam, boleh jugak nak tambah kicap atau sos ikan. Saya memang suka tambah sos ikan kalau masak sayur.

5 comments:

flush said...

aku lapaaaaaaarrrr la plak.. dah la sambal goreng ni feveret..

Anonymous said...

sedapnyer'''''

Sue said...

eh eh~ pandai masak ye dia..

Mak i pon slalu ckp, campak2 je dalam kuali. keke~

antalya said...

ni masakan org jawa ek

mamaelly said...

ek ehhh jelesnye nengok dayu pandai masak macam2...cik elly ni baru terhegeh2 nak belajar masak tau..boleh sbnrnya..cuma rajin ngan malas je kan...

wahhhh ni masakan org jawa nie...cam abg bebel dah mula belajar makan makanan jawa...