Saturday, December 6, 2008

bought me an oven and standmixer

Sukanya!! Hajat nak beli oven ni, dah berbulan-bulan tertangguh. So, bila dah nampak ni, just grab it!! *as konon bulan ni budget di dalam kawalan*

beli oven dapat free standmixer *saya suka sangat*

Ni yang suka beli barang kat kedai2 biasa, boleh tawar menawar lagi. Boleh mintak free gift pulak tu. Kalau beli kat Jusco ke,SenHeng ke mana boleh nak demand2, harga fixed, sebarang rundingan harag tak dilayan ok..
Dan Ekwan terus ajak gi beli bahan nak buat kek *dia lak yg excited* So ke Plaza Damas, Sri Hartamas *as time tu kami dh kat Hartamas nak amik Vito*

chocolate brownies *ekwan yg pilih*

For the 1st ni, kita buat kek segera. Semua dah ready, balik tengah campur telur dengan air je. Huhu..senang nye nak buat kek + brownies sekarang. Tepung nak buat muffin pun ada, pilih je. Cookies pun ada, macam2 jenis lak tu.
Rambang mata tu, rasa nak beli semua tau..

Dan sekarang ni, tengah asyik browse resipi-resipi biskut dan muffin *ada sape2 nak share resipi dengan dayu?*

Friday, October 31, 2008

Serunding Daging

Tetiba terasa rajin nak mencuba memasak serunding. Tahun depan dah kena masak sendiri, tak boleh la nak makan mak nyer je. So, kena start belajar dari sekarang ni.

Practice make Perfect kan *tak la nanti bila kat umah mak mertua terkulat-kulat*

my very 1st seruding daging

Bahan-bahan diperlukan:

- 2 biji kelapa parut putih, disanggar sehingga kering dan sedikit kuning
- 250 gram daging, dipotong nipis
- 3/4 cawan air asam jawa yang pekat
- 4 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit (setengah dikisar, setengah disiat)
- 3/4 cawan gula pasir
- 1/4 cawan air

kelapa yang disanggar hingga kering dan kuning

Bahan untuk dikisar:

- 20 batang cili kering, nak pedas boleh tambah sikit cili padi
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 1/2 kunyit hidup -pepandai lah ye budget
- 1 inci halia
- 6 batang serai
- 2 inci lengkuas
- 1/2 cawan serbuk ketumbar, disanggar
- 2 sudu teh serbuk jintan halus, disanggar
- 1/2 cawan udang kering
- 1/2 daun kunyit

bahan-bahan yang perlu dikisar
Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
2. Masukkan daun limau purut, daun kunyit, air asam jawa dan 1/4 cawan air. Gaul hingga rata

3. Maukkan garam dan srbuk perasa dan gula pasir serta daging. Masak sehingga rempah keluar minyak dan daging empuk.


4. Akhir sekali masukkan kelapa parut yang telah disanggar. Gaul hingga rata


And it's done. Sedap dimakan bersama nasi impit

Sunday, July 20, 2008

Laksa Kedah

Kali pertama masak laksa. Dan inilah masakan pertama yang dipersembahkan kepada bakal Ibu Mertua ku. *tapi time tunang aritu i yg masak kan lauk untuk dinner derang*

So, here the recipe. It's simple actually, how come it take me until now for give it a try.

Laksa Kedah


Bahan-bahan yang diperlukan dan cara menyedia:

Kuah

Ikan kembung direbus bersama sekeping asam keping. Bila dah masak blender isi ikan bersama air rebusan. Masukkan dlm periuk.
Then blend tulang ikan bersama air rebusan tadi. Tapiskan dan campur dengan isi ikan.

1. Bawang besar, Bawang merah (kecil)
2. Sedikit cili kering
3. Belacan

Semua bahan kat atas diblender. Kemudian masukkan dlam ikan yang di blend tadi.

Masukkan bunga kantan, asam keping, dan daun kesum dalam campuran tadi.

Kacau sehingga masak. Tambah sedikit garam dan perasa.

And it's ready to eat!!!



Friday, July 18, 2008

Bubur Jagung

Arini semangat memasak tiba2 meluap-luap. Lagipun dah lama tak masak kan. So, start la carik resepi. Pastu terus Ns bagi resepi buat Bubur Jagung ni.

Balik keje, trus gi giant beli barang2 ni.


Bahan-bahan diperlukan:

1. Santan pekat 1 biji -tapi kat kl ni mana i nak carik kelapa
2. 500gm jagung frozen
3. 1 cawan air
4. 1 cawan gula perang
5. 2 sudu sagu mata (basuh dan toskan)
6. Daun pandan

Cara-cara menyedia:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali santan,
then masak sampai sagu jadik cerah

2. Bila dah pekat, masukkan santan. Masak lagi sampai pekat.
Masukkan daun pandan

3. Bila dah pekat. Boleh la dihidang. Terserah nak makan time panas atau sejuk. Ikut selera masing2


Tuesday, April 22, 2008

Nasi Ayam ala Thai

This recipe is based on Cik Miah (Aziah's mom) yang amat baik hati dan terror memasak, so i pun meyendeng2 nak belajar buat nasi ayam ngan dia.

So, let get it start.

The Chicken

Roasted marinated Chicken

1. Marinated the whole chicken with kicap manis, garam ,gula & sos tiram for minimum 4 hours. Lagi lama lagi elok. Every 30min, terbalik kan ayam tu. Simpan baki campuran bahan tadi untuk kuah kicap (kuah hitam).
2. Then panggang ayam tu for about 40 min. Kalau nak goreng bleh gak, tapi it prefer to be roasted.
3. Bila dah sejuk, bleh la potong untuk di serve.

The most important, the Rice.


Bahan-bahan diperlukan:

1. Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
2. Lemak ayam
3. Beras. Sukatan air hendaklah lebih 1 setengah dari sukatan beras. Kalau beras 3 pot, air kena la 4 pot setengah.
4. Bawang besar 3 biji, bawang putih 2 ulas (blender)

Cara-cara penyediaan nasi ayam:

1. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Then masukkan lemak ayam.
2. Pastu tumis sekali bawang yang dah di blend sampai layu dan naik bau.
3. Then masukkan la beras ngan air. Kacau and let it cook

the rice in progress

The Soup

Bahan diperlukan:

1. Halia dan bawang putih -diketuk
2. Rempah kurma
3. Bawang besar dihiris halus
4. Kayu manis, bunga cengkih
5. Kacang tanah
6. Lemak ayam/bontot ayam

1. Tumis kayu manis, bunga cengkih dan bawang. Then masukkan lemak ayam
2. Lepas tu masukkan rempah kurma
3. Lepas tu masukkan air, then kacang tanah
4. Kacau2 and let it cooked.

Kicap Hitam

Gunakan lebihan bahan ramuan ayam tadi. Ketuk halia dan bawang putih. Then tumis. Dah naik bau, masukkan bahan ramuan ayam.
Nak pekatkan, campur sikit tepung jagung.

Sos Merah

Blend cili merah (buang biji) bersama bawang puith, ngan garam dan gula sikit.
Then campur cuka.

the soup, the sauce and the kicap hitam bersama timun dan tomato

It's done!! Simple je buat nasi ayam kan sebenarnya. Tak sempat nak amik gambar the whole nasi ayam, lapar sangat..tak fikir apa dah..terus makan je.

So, selamat mencuba lah ye...


Monday, April 14, 2008

Sphageti -the simple one-

my very own 1st sphagetti

Bahan-bahan diperlukan:

1. Mee Sphagetti (prefer the egg sphagetti)- of course la kan
2. Sos Prego (traditional recipe)
3. Mushroom butang ( dicincang)
4. Daging kisar (prefer ayam, beef pun ok gak)
5. Bawang Besar (potong dadu), Bawang putih (cincang halus)
6. Tomato (direbus dan dicincang)


Cara-cara memasak Dayu's Sphagetti:

1. Didihkan air dalam periuk besar then masak/rebus mee sphagetti. Masukkan tomato sekali, bla kulit di dah tercabut, sejuk kan dan cincang tomato tu.
2. Kemudian tumis bawang putih (yang dicincang halus), then masukkan bawang besar. Masak sampai layu. Then masukkan daging ayang kisar.
3. Kemudian masukkan tomato yang dicincang ngan cendawan butang.
4. Kalau suka boleh masukkan sedikit cili giling -org melayu kan suka pedas2 skit-

beginilah rupanya bila dah masukkan semua bahan2 tu

5. Last sekali masukkan lah sos prego tu. Kat supermarket byk jual benda ni.

hah..ni lah sos sphagetti dan mee nye..siap sedia untuk di makan.

Monday, March 24, 2008

Sambal Goreng

Gara-gara tak boleh tido semula selepas subuh-subuh hari menghantar Aziah ke KL Sentral, selepas membelek-belek Majalah Wanita dan terjumpa resepi ni, terus terasa nak mencuba. Dengan semangat yang berkobar-kobar nak mencuba, terus ke kedai beli barang-barang yang diperlukan -Maklum lah, dapur orang bujang, banyak barang takde kan-

Barang-barang yang diperlukan:


Dipotong kecil dan di goreng dulu:
- Kentang
- Tahu
- Hati Ayam
- Tempe (sedapnya..lama tak makan)

Dihiris halus:

- Bawang besar
- Serai
- Cili Merah dan Cili Hijau

- Udang kering
- Udang Basah
- Kacang Panjang
- Kobis

Senang je nak masak Sambal Goreng ni, amatur macam saya pun tak rasa tercabar, kalau yang dah profesional tu lagi la kan... -Bak kata mak saya, campak2 je dlm kuali tu-

1.Mula2 tumis semua bahan2 yang dihiris halus tu, sekali ngan udang kering. Goreng sampai kekuningan. Kemudian masukkan pulak udang basah, goreng2 lagi sampai udang tu masak.
2. Pastu masuk kan pula bahan-bahan yang dah digoreng terdahulu td. Gaulkan semua bahan tu. Masuk kan suhun pulak.
3. Dan last sekali masukkan sayur kacang panjang ngan kobis yang dihiris kecil lak.

Goreng lah sampai masak. Jangan lupa letak garam, boleh jugak nak tambah kicap atau sos ikan. Saya memang suka tambah sos ikan kalau masak sayur.