Thursday, July 16, 2009

Asam Pedas Johor Style

Sebagai seorang anak johor, asam pedas adalah kegemaran. Dari kecik tekak ni dah asyik ngan asam pedas. And most favorite is, ikan pari ngan ikan kerisi masak asam pedas. Mmg menghirup kuah la jawabnya.

makan pulak dgn kailan ikan masin dan udang lemak cili api. mmg mantap

Mudah je nak buat asam pedas. Dan yang penting kena rajin mencuba biar boleh agak camne nak adjust kepekatan kuah dia tu, tapi rasa tak terlalu pekat.

Bahan-bahan diperlukan: *ni anggaran untuk masak 2-3 ekor ikan*

1. 1 biji bawang besar
2. 2-3 ulas bawang putih
3. Cili kering
4. Kunyit hidup

Cara-cara menghasilkan Ikan Asam Pedas

1. Semua bahan dikisar, boleh gak kalau nak tambah belacan *which i will do* Tapi terserah lah.. Pastu tumis bahan kisar tu. Pecahkan halia skit (dalam 1 inci) dan tumis sekali..tambah lah garam secukup rasa. Tambah la serbuk perasa skit. Tumis kasik lama skit, biar garing skit cili tu. Time ni masukkan la daun kesum, bunga kantan. Boleh juga nak tambah tomato ke, bendi ke..

2. Pastu masukkan air asam jawa.. jangan pekat sgt, nanti terlebih masam. Kat sini la kena pandai2 mengagak, so kena la selalu mencuba.. praktis make perfect guys..(anggaran dalam 1/2 cawan)

3. Pastu masukkan la ikan.. gaul2 skit, jangan sampai hancur lak ikan tu.. Tuang air (sekali lagi anda perlu mengagak sendiri..jangan sampai kuah tu cair sgt) dan biarkan mendidih. Tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

*sori,gambar detail tiada,lupa capture

4 comments:

nic@ said...
This comment has been removed by the author.
BeauTiFuLGirL said...

adeh....semua bab makanan...
yum...yum...
contest ni meh lew join
http://thecamerajunkie.blogspot.com/2009/12/black-white-photography-contest.html

green apple said...

tapi rasanya orang johor lagi terer buat asam pedas daging tetel kan?

Jack Lingam said...

bro, masak pon nak kene bagi tau kat orang ke bro,

anyways best wishes and all the best for 2020