Sunday, January 24, 2010

Lala Masak Pedas

Jarang Lala ni ada jual kat pasar. Bila pergi pasar, ada jual. Mesti beli lah. Dan paling favorite, masak pedas. Peergghh!! Memang sedap meratah.

Lala Masak Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan (1 kilo lala):

Lala - direndam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
5-10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji tomato (di potong 4)
2 batang serai
2 biji bawang besar (di potong 4)
4 sudu besar cili giling *boleh lebihkan kalau nak pedas
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar sos cili & sos tomato
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Cara menyedia:

1. Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih
2. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.
3. Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.
4. Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.
5. Ketuk serai dan masukkan ke dalam tumisan.
6. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
7. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
8. Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)
9. Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat.

5 comments:

**Bila Comel Jadi Comot** said...

mak aih..sodapnyo..huhuhu..kecur air liur nih..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sedap lala ni
kat kampung aku cari sendiri
terjun pantai

shasha bee said...

sedapnya..da lama ngidam lala neh.. sejak kat Uni sem ne blom jumpa lagi lala.. nakkk!!!!

Love Says it All~ said...

BRIDAL MAKEUP CLASS (2-DAYS CLASS)!!

WHEN: 27th & 28th February 2010
WHERE: EYRA RIZAL MINI STUDIO, SHAH ALAM
HOW MUCH: RM500

**CLASS INCLUDING HAIR + SHAWL STYLING
**LUNCH, MAKEUP TOOLS & PRODUCTS WILL BE GIVEN
**GOODIE GIFT SUCH AS M.A.C EYESHADOWS/LIPSTICK WILL BE GIVEN(DIFFERENT GIFTS WILL BE GIVEN TO EACH AND EVERYONE OF U.)
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN.

LIMITED SEATS UP TO ONLY 10PAX!!
REGISTER LATEST BY 25th February 2010 @ 9PM

................................................................................
PROMOTION FOR PHOTOSHOOT/MAKEOVER!!!

Harga asal : RM200/person
Harga Promotion (30% less) : RM140

Package includes:
- 1 A4 size picture
- 3 4R pictures
- Free 1x makeup by Eyra Rizal
** including shawl styling
** including hair styling/ simple hairdo
- Free Cd memory

** add on: Makeup changing RM40/per makeup
** add on: 1 A4 size picture RM10
** add on: extra shooting RM15/10 pictures (will be kept in a CD)

> 10 pictures will be shooting for each person
> limited up to 10 people only
> booking RM50 only


WHEN: 7 MARCH 2010 (SUNDAY)
WHERE: E.R MINI STUDIO @ SHAH ALAM
TIME: 10:30AM (makeup starts)
LATEST BOOKING BY 5TH MARCH.


WWW.EYRARIZAL.COM
0162128740
FB: EYRA RIZAL @ EYRA RIZAL TOUCH``

Dayu said...

try lah
mmg sedap lah,kalau dpt hasil laut fresh lagi best