Thursday, July 16, 2009

Siakap Masak Steam

Siakap masak Steam atau pun Siakap Kukus.

Cara-cara menghasilkan Ikan Siakap Kukus. Sangat mudah dan simple. Yang penting sgt sedap bila makan panas-panas. Bertambah nasik ohhh.

Ikan kita lumur dgn tepung jagung, garam dan lada sulah. Sebelum tu harus lah bersihkan dulu kan. Ikan tak semestinya siakap, ikan bawal, ikan merah pun boleh. Bila dah lumur ketepikan dulu, buat sos pula.

Untuk sos:

Semua bahan adalah dihiris halus:


1. 5 - 10 biji cili padi
2. 2 batang serai
3. 1/2 kuntum bunga kantan
4. 1 helai daun limau purut
5. 1/2 inci halia muda
6. 2 ulas bawang putih

Kemudian campurkan bahan-bahan hirisan tadi dgn 3 sudu jus limau kasturi, 2 sudu minyak masak, 2 sudu gula, 1/2 sudu garam.
Pastu lumur lah atas ikan tu. Kat dalam belahan perut dia pun isi. Pastu letak atas bekas tahan panas. Kukus lah, lebih kurang 10-15min. Ikut size ikan lah. Yang ni ikut penilaian sendiri lah. Tapi kalau isi ikan dah putih, masak la tu.


siap!!! sila makan time terus sebaik je kuar dr periuk kukus..
sgt sedap..hingga ke isi2 dia terasa tau..


2 comments:

Raudhah anje said...

sedapnye...boleh cuba ni...(bila dh ada periuk kukus)

nurarinab said...

wahhh.sodapnyer :)