Sunday, February 21, 2010

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
*anggaran untuk 2 ekor ikan saiz sederhana*
  1. Ikan talapia -dibersihkan dan digaul dgn asam jawa, hilangkan hanyir ikan
  2. Bawang besar - sebijik
  3. Bawang putih - 3 ulas
  4. Cili padi - 5,6 bijik, kalau nak lagi pedas lebihkan
  5. Halia - lebih kurang seinci
  6. Kunyit hidup - lebih kurang seinci
  7. Santan - secukupnya
  8. Sebatang serai -diketuk
  9. Tomato -sebijik, belah 2 atau 4
  10. Air asam jawa -secukupnya
Cara-cara menyedia:
  1. Tumbuk/kisar bahan 2-6. Satukan bahan kisar ni dengan santan.
  2. Masak sehingga mendidih dan tambah garam. Masukkan air asam jawa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan ikan dan serai yang telah diketuk. Masak sehingga isi ikan masak. Kemudian masukkan belahan tomato.
  4. Masak sekejap dan boleh tutup api.
*jgn sampai tomato hancur..tak sedap
* makan ngan sambal belacan..pergghhh...

2 comments:

Ringgo said...

dayu, ini bru bce resepi.. kalo tgk gambonye mesti lg terliur ahh..

sgguh la kagum ngan dayu, rajin gile memasak.. reen ikut mood:) hehe

Dayu said...

gambar tak sempat nak amik la
dah kena serbu..next time lah